Apakah yang perlu anda lakukan jika anda mempunyai kontak rapat dengan individu yang dijangkiti COVID-19?

Ikuti penilaian ini untuk ketahui apa yang perlu anda lakukan.

Sumber: KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 07 FEB 2022

Adakah anda mempunyai kontak rapat dengan individu yang dijangkiti COVID-19?


Anda perlu jalani segera ujian kendiri RTK COVID-19 di rumah.
Apakah keputusan ujian itu?


Adakah anda seorang berada dalam kumpulan seperti di bawah?
  1. berumur 60 tahun ke atas,
  2. mempunyai komorbid,
  3. tidak mengambil vaksin atau belum lengkap vaksin;


Adakah anda mempunyai sebarang gejala?
Gejala Kategori 2A
  • sakit tekak / selsema / batuk tanpa demam atau sesak nafas
  • hilang deria rasa / bau tetapi masih mempunya selera makan
  • cirit-birit 2 kali atau kurang dalam masa 24 jam
  • loya dan muntah
  • keletihan atau sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian

Gejala Kategori 2B
  • Demam
  • Kesukaran bernafas
  • Sakit dada
  • Hilang selera makan
  • Keletihan semasa melakukan aktiviti harian
  • Perlu berjalan dengan bantuan
  • Gejala semakin teruk (batuk/muntah/cirit-birit berterusan)
  • Tahap kesedaran berkurangan
  • Kurang kencing (dalam masa 24 jam)


Anda sihat.

Teruskan menjaga SOP

Anda dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positive COVID-19, dan keputusan ujian kendiri RTK ialah negatif.

  • Laporkan keputusan negatif di dalam aplikasi MySejahtera
  • TIDAK PERLU HADIR ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC)
  • Perlu kuarantin diri di rumah untuk 5 hari (sudah terima dos penggalak) atau 7 hari (vaksinasi lengkap) atau 10 hari (tidak lengkap vaksinasi)
  • Pantau diri. Jika mula mengalami gejala, sila jalani ujian kendiri RTK dengan segera.

Anda individu COVID-19 positif Kategori 1 (tiada gejala)

  • Laporkan keputusan positif di dalam aplikasi MySejahtera.
  • TIDAK PERLU HADIR ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC)
  • Perlu kuarantin diri di rumah untuk 7 hari (lengkap vaksinasi) atau 10 hari (tidak lengkap vaksinasi)
  • Perlu melakukan pemantauan kendiri setiap hari melalui Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera.
  • PANTAU DIRI. Jika mula bergejala dan menjadi lebih teruk dan berpanjagan, sila hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut.

Anda individu COVID-19 positif Kategori 2A (gejala ringan)

  • Laporkan keputusan positif di dalam aplikasi MySejahtera.
  • TIDAK PERLU HADIR ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC). Individu yang perlu hadir ke CAC akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC.
  • Perlu kuarantin diri di rumah untuk 7 hari (lengkap vaksinasi) atau 10 hari (tidak lengkap vaksinasi)
  • Perlu melakukan pemantauan kendiri setiap hari melalui Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera.
  • PANTAU DIRI. Jika gejala menjadi lebih teruk dan berpanjagan, sila hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut.

Anda individu COVID-19 positif Kategori 2B (bergejala sederhana dan ke atas)

  • Anda dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut. TANPA menunggu panggilan telefon daripada CAC.

Anda individu COVID-19 positif yang berada dalam kumpulan seperti di bawah

  1. berumur 60 tahun ke atas,
  2. mempunyai komorbid,
  3. tidak mengambil vaksin atau belum lengkap vaksin;
  • Anda dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut TANPA menunggu panggilan telefon daripada CAC.