BILAKAH SAYA LAYAK MENERIMA VAKSIN COVID-19?

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan dilaksanakan secara berperingkat dengan mengutamakan kumpulan yang berisiko tinggi.

Jawab soalan berikut untuk mengetahui bila anda layak menerima vaksinasi Covid-19

Berapakah umur anda?


Adakah anda seorang ibu mengandung?


Adakah anda di dalam golongan Orang Kurang Upaya (OKU)?


Adakah anda menghidapi penyakit kronik seperti hipertensi, diabetes, penyakit jantung, penyakit saluran pernafasan?


Adakah anda seorang petugas kesihatan?


Adakah anda seorang petugas barisan hadapan?(Polis, RELA, tentera, bomba, imigresen)




Pemberian vaksin ini akan dilaksanakan dalam tiga fasa dan berjalan sepanjang tahun sehingga Feb 2022.

Suntikan vaksin boleh diambil di pusat pemberian vaksin yang akan dibuka di seluruh negara.

Setakat ini, 600 pusat pemberian vaksin yang terdiri daripada fasiliti kesihatan KKM, hospital universiti dan hospital ATM telah dikenal pasti.

Sasaran suntikan vaksin ialah 26.5 juta orang atau 80% populasi negara untuk membentuk herd immunity.

Penyumbang utama untuk pembentukan imuniti berkelompok ini ialah kumpulan Fasa 3 - individu sihat berumur 18 tahun ke atas.