TERKINI
PETI UNDI SK INARAD TERAWAL TIBA DI PUSAT PENJUMLAHAN RASMI    -    PRK KINABATANGAN REKOD 50.37 PERATUS KELUAR MENGUNDI SETAKAT 3 PETANG - SPR    -    PRK LAMAG REKOD 55.16 PERATUS KELUAR MENGUNDI SETAKAT 3 PETANG - SPR    -    MENURUT SPR, PROSES PENGUNDIAN HARI INI MELIBATKAN 48,282 PENGUNDI YANG AKAN MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA BAGI MEMILIH WAKIL RAKYAT BAHARU PARLIMEN KINABATANGAN DAN DUN LAMAG.    -    PENJUMLAHAN RASMI UNDI PULA AKAN BERLANGSUNG DI PUSAT PENJUMLAHAN RASMI UNDI IAITU DI DEWAN SRI LAMAG DAN KEPUTUSAN RASMI DIJANGKA DIUMUMKAN PADA 10 MALAM.    -    PROSES PENGUNDIAN DIKENDALIKAN 1,106 PETUGAS SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) SELAIN 926 PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS YANG DITUGASKAN PADA HARI MENGUNDI.    -    PADA SELASA LEPAS, SPR MEMAKLUMKAN SEBANYAK 93 PERATUS ATAU 176 ANGGOTA POLIS TELAH MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNDI AWAL BAGI KEDUA-DUA PRK BERKENAAN YANG BERLANGSUNG DI TERATAK IBU PEJABAT POLIS DAERAH KINABATANGAN.    -    PRK PARLIMEN KINABATANGAN DAN DUN LAMAG PERLU DIADAKAN SUSULAN KEMATIAN PENYANDANGNYA, DATUK SERI BUNG MOKTAR RADIN PADA 5 DIS LEPAS DI SEBUAH HOSPITAL SWASTA DI KOTA KINABALU, SABAH.    -    
Malaysia Memilih

Senarai Pilihan Raya di Malaysia

Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan 'First-Past-The-Post-System'. Ini bermakna calon-calon yang memperoleh majoriti akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan.

PRK Kuala Kubu Baharu 2024

11 Mei 2024

PH menerusi calon mereka, Pang Sock Tao memenangi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei 2024.. PRK ini diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac 2024. Kee Hiong adalah wakil rakyat DUN Kuala Kubu Baharu sejak 2013 dan ini adalah penggal ketiganya selepas mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya negeri Selangor 2023.

LANJUT

PRK Kemaman 2023

02 Disember 2023

PRK Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias Hamid yang mewakili Pas setelah pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

LANJUT

PRK Jepak 2023

04 November 2023

PRK Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Talib Zulpilip. Talib yang menyandang kerusi DUN berkenaan selama enam penggal meninggal dunia pada 15 september lalu akibat komplikasi kesihatan di Pusat Perubatan Normah di Kuching.

LANJUT

PRK Pelangai 2023

07 Oktober 2023

PRK DUN Pelangai diadakan pada 7 Oktober 2023 susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun pada 17 Ogos lalu. Johari adalah antara 10 individu yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.

LANJUT

Pilihan Raya Negeri Johor 2022

12 Mac 2022

Pilihan raya negeri Johor 2022 telah diadakan pada 12 Mac 2022. Ahli Dewan Negeri Johor dipilih setiap 5 tahun bagi satu-satu penggal.

LANJUT

Pilihan Raya Negeri Melaka 2021

20 November 2021

Pilihan Raya Negeri Melaka 2021 yang juga dikenali sebagai PRN Melaka ke-15 berlangsung pada 20 November 2021. Pilihan raya ini untuk memilih 28 ADUN di negeri Melaka.

LANJUT

Pilihan raya umum Malaysia ke-14

09 Mei 2018

Pilihan raya ini dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini merupakan pembangkang utama di Parlimen Malaysia. Pakatan ini mendapat majoriti mudah 113 kerusi di Dewan Rakyat. Ditambah dengan 8 kerusi yang dimenangi Parti Warisan Sabah, mereka mempunyai 121 kerusi keseluruhannya di Parlimen, cukup bagi membentuk kerajaan baharu.

LANJUT

Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11

07 Mei 2016

Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan pemerintahan di Sarawak selepas menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 pada Sabtu.

LANJUT