NAMA Datuk Seri Nazir Razak dalam industri perbankan tidak asing lagi di peringkat nasional dan global.
Berpengalaman mengemudi CIMB Bank selama 29 tahun, anak bongsu kepada Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein ini tidak pernah lokek menyuarakan pandangannya tentang bagaimana penentukuran semula negara perlu diimplementasi secepat mungkin.
Ini kerana, katanya melanjutkan sistem yang bermasalah mempunyai akibat yang sangat buruk, selain menegaskan Malaysia bukanlah sebuah negara yang gagal.
“Kita harus menerapkan agenda dalam majlis - yang kita namakan 'Perhimpunan Rakyat' atau 'Better Malaysia Assembly (BMA)'.
“Untuk menekankan peri pentingnya majlis ini serta mandatnya, ia harus dibentuk di bawah naungan Majlis Raja-Raja dengan perintah bahawa segala cadangan harus diserahkan kepada Parlimen atau referendum.
“Pembentukan badan itu haruslah berdasarkan suatu proses melibatkan kombinasi individu yang dicalonkan oleh Parlimen, golongan eksekutif dan masyarakat awam.
Dapatkan buku ‘WHAT’S IN A NAME’ di sini