Najib Razak image

Spotlight:

Najib Razak

Datuk Seri Najib Razak dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi, di sini, atas pertuduhan meminda laporan audit syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib, 70, selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya iaitu perlindungan daripada tindakan sivil atau jenayah berkaitan peranannya di dalam perjalanan operasi syarikat 1MDB.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa mengarahkan Laporan Pengauditan 1MDB dimuktamadkan Ketua Audit Negara, dipinda sebelum laporan berkenaan dimuktamadkan semula dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), yang mana Najib secara langsung mempunyai kepentingan.



Kalau ini harga yang terpaksa saya bayar selepas berkhidmat untuk negara selama 42 tahun,
saya reda...


- Najib Razak

Berita terkini Najib Razak