Najib Razak image

Spotlight:

Najib Razak

Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Datuk Seri Najib Tun Razak masih berdepan empat lagi kes di Mahkamah Tinggi dengan dua daripadanya masih dalam proses perbicaraan. Kes itu membabitkan penyelewengan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan salah guna kuasa untuk meminda laporan audit 1MDB.

Najib juga berdepan dua kes yang masih belum dibicarakan iaitu pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC sebanyak RM27 juta.



Kalau ini harga yang terpaksa saya bayar selepas berkhidmat untuk negara selama 42 tahun,
saya reda...


- Najib Razak

Berita terkini Najib Razak

Lihat Lagi