Yazid Harith Syahrul Anuar

Bekas atlet Johor di Sukan Malaysia (Sukma) 2018

Johor

Apa erti kemerdekaan buat Yazid Harith Syahrul Anuar?


Sebut sahaja Bandaraya Johor Bahru, pasri terbayang kepesatannya yang boleh dikatakan setanding dengan ibu negara, Kuala Lumpur.

Berdekatan dengan Kota Singa di seberang tambak, pastinya menjadi lokasi tumpuan orang ramai, warga tempatan mahupun rakyat Singapura.

Yazid Harith Syahrul Anuar, Johor

Manakan tidak, tambak Johor sahaja dilalui hampir 100 ribu kenderaan setiap hari, membuktikan kesaling bergantungan antara dua negara.

Di celah-celah kesesakan dan kepesatannya, Yazid Harith Syahrul Anuar tetap dengan perjuangannya untuk memastikan kesihatan menjadi keutamaan warga kota.

Bekas atlet Johor di Sukan Malaysia (Sukma) 2018 dalam sukan olahraga ini menggerakkan inisiatif sendiri dengan menganjurkan klinik sukan larian secara percuma pada setiap hari Rabu.

Yazid Harith Syahrul Anuar, Johor

Sebagai pelari jarak jauh, Yazid aktif bersama Kelab “Run For Malaysia” yang menganjurkan semangat kenegaraan menerusi aktiviti sukan dan riadah bersama-sama dalam komuniti.

Bagi Yazid, sukan adalah medan terbaik untuk menyatukan setiap anggota masyarakat di negara ini tanpa mengira latar belakang - semuanya mahu melihat kejayaan yang dapat dikongsi bersama di bawah satu bendera.