Noor Azman Norawi

Pengasas Badan Kesenian Anak Kayan

Pahang

Apa erti kemerdekaan buat Noor Azman Norawi?


Noor Azman Norawi atau lebih dikenali sebagai Man Kayan merupakan pengasas Badan Kesenian Anak Kayan, sebuah kumpulan yang sering membawakan persembahan lagu-lagu rakyat dan tradisional sejak 2008.

Man Kayan bersama kumpulan seninya giat memperjuangkan lagu-lagu rakyat, seni gendang Pahang, tarian tradisional, teater dan puisi.

Beliau juga pernah mewakili Pahang dan Malaysia dalam program pertukaran Seni Budaya ke luar negara terutamanya ke Indonesia beberapa kali.

Man Kayan, Pahang

Kini Man Kayan juga menjadi pencetus minat berbusana Melayu kepada beberapa kumpulan di Kuantan dan menjadi salah seorang figura dikenali dalam busana Melayu lama dengan menghasilkan sendiri pakaian dan tanjak di bengkel jahitan di rumahnya di Kampung Permatang Badak, Kuantan.

Selain koleksi pakaian busana dan tanjak, lebih menarik dekorasi laman rumahnya dihiasi dengan pelbagai pokok hiasan dan kenangan zaman silam.

Hasil tangannya sering digunakan ketika membuat persembahan dan juga oleh kumpulan-kumpulan seni lain samada untuk berteater mahupun sebagai koleksi mereka.

Antara penghargaan yang pernah diterima adalah Anugerah Penggiat Seni Berbahasa oleh Perdana Menteri Ismail sabri pada 2021 dan Anugerah Penggiat Lagu Rakyat oleh Pemangku Raja Pahang 2022.