Jenis penipuan scammer di Malaysia

  1. Macau Scam

    Macau Scam melibatkan 3 entiti utama iaitu si penipu dari Hong Kong atau Taiwan, si mangsa dari rakyat tempatan dan si keldai wang iaitu rakyat tempatan yang rela akaun bank dijadikan akaun untuk transaksi penipuan.

  2. Love Scam

    Love Scam banyak didalangi warga Afrika yang menggunakan kata-kata manis terhadap mangsa sehingga mangsa diperalat atas nama cinta. Setelah diperdaya, mangsa sanggup mengeluarkan duit demi membantu kekasih yang menipu.

  3. Scam Pelaburan

    Si penipu akan menyamar dengan menggunakan nama pelabur terkenal di Malaysia ditambah dengan janji manis dengan jumlah keuntungan yang besar dan terjamin.

  4. Scam Parcel

    Jangan mudah tertipu jika mendapat panggilan dari seseorang mengatakan ada parcel hendak tiba, scammer akan meminta alamat, nombor telefon dan malah info kad kredit; Padahal info ini tidak diperlukan jika ia adalah penghantar yang sah!


Berita Lubuk Scam