Keringat Jalanan

Dokumentari ringkas yang mengetengahkan kisah sebenar di sebalik wajah-wajah peniaga kecil di jalanan. Di sebalik gerai sederhana dan senyuman yang menyambut pelanggan, tersembunyi kisah-kisah perjuangan, pengorbanan, dan harapan. Siri ini menyoroti sisi manusiawi mereka sebagai pencari rezeki dan bukan semata-mata sebagai peniaga.

Setiap episod membawa anda menyusuri perjalanan hidup yang sarat dengan liku, membongkar realiti yang jarang diselami. Inilah suara mereka yang jarang didengar – penuh keringat, penuh jiwa.


Wak Usop, 77

AWANI:745

Nantikan pada 27 Julai 2025

AWANI:745

Nantikan pada 3 Ogos 2025

AWANI:745

Nantikan pada 10 Ogos 2025

AWANI:745

Nantikan pada 17 Ogos 2025


Wak Usop bukan sekadar peniaga jalanan

Dalam deretan kenderaan yang berhenti di tepi jalan, terselit satu pemandangan luar biasa iaitu seorang lelaki warga emas berusia 77 tahun, tenang berniaga lauk-pauk tengah hari dari ‘boot’ keretanya. Itulah Wak Usop.

Wak Usop bukan sekadar peniaga jalanan.

Dia adalah lambang ketulusan seorang insan yang tidak menjadikan keuntungan sebagai matlamat utama, sebaliknya menjadikan berniaga sebagai wadah mengutip pahala dan berkongsi rezeki.





Pelanggan saya tak nak baki, jadi kumpul-kumpulkan (baki) dan buat jamuan untuk kariah masjid.


- Wak Usop
Peniaga 'boot' kereta



Segala resipi yang digunakan adalah warisan keluarganya yang kini menjadi santapan orang ramai. Bagi Wak Usop, setiap hidangan bukan hanya sekadar makanan, tetapi kasih sayang yang disalurkan dalam bentuk lauk-pauk.





Meskipun usianya sudah lanjut, semangat Wak Usop tidak pernah pudar. Setiap hari, dia bersama pembantunya memandu ke lokasi biasa di Subang Jaya, membuka ‘boot’ kereta, dan mula berniaga dengan penuh ikhlas.

Kisah Wak Usop mengingatkan kita bahawa erti sebenar berniaga bukanlah semata-mata pada angka keuntungan, tetapi pada nilai kemanusiaan yang terselit dalam setiap pinggan yang disuap










Wak Usop - Keringat Jalanan Wak Usop - Keringat Jalanan Wak Usop - Keringat Jalanan Wak Usop - Keringat Jalanan Wak Usop - Keringat Jalanan