Jalaluddin Rumi

Jalaluddin Rumi

Rumi (120773), seorang mistik Sufi dan penyair terhebat dalam bahasa Parsi, terkenal dengan puisi-puisi liriknya dan epik Masnavi-nya.

Jalaluddin Rumi
Liputan oleh Astro AWANI
Hasil kerjasama dengan Turkish Airlines

Siapa Jalaluddin Rumi?

Jalaluddin Muhammad Rumi (1207–1273) ialah seorang penyair Parsi, sarjana Islam, dan ahli mistik Sufi yang terkenal dengan karya-karya puisinya yang mendalam mengenai cinta dan spiritualiti. Dilahirkan di Balkh (kini Afghanistan), beliau menetap di Konya (kini Turkiye) selepas keluarganya berpindah akibat ancaman Mongol.

Pertemuannya dengan Shams al-Din dari Tabriz pada tahun 1244 menjadi titik perubahan dalam hidupnya, menginspirasikan banyak karyanya. Antara karya agungnya termasuk "Masnavi-ye Ma'navi" dan "Divan-e Shams-e Tabrizi".

Para pengikut Rumi mengasaskan Tarekat Mevlevi. Mereka turut dikenali sebagai ‘whirling dervishes’ atau ‘darwis berputar’. Ritual tersebut turut disulami dengan bacaan zikir dan menjadi asas dalam upacara ‘sema’ .

Rumi meninggal dunia pada 17 Disember 1273 dan disemadikan di Konya. Sejak itu, ‘Seb-i Arus’ yang bermaksud ‘The Wedding Night’ menjadi acara tahunan di Konya bagi memperingati tarikh Rumi pulang ke negeri abadi.

Galeri Video

Kata-kata Pujangga

Galeri Gambar

Artikel Berkaitan

Keperibadian Rumi, si pecinta Sang Pencipta dan manusia
Keperibadian Rumi, si pecinta Sang Pencipta dan manusia
Lihat Di Sini
Universal dan mistik itu ... Rumi
Universal dan mistik itu ... Rumi
Lihat Di Sini