Identiti Digital (ID Digital) adalah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital dengan merujuk kepada sumber tunggal yang sahih berdasarkan ciri-ciri biometrik seperti cap jari, pengecaman wajah, iris dan maklumat demografik seperti nama dan lain-lain bagi digunakan untuk mendapatkan perkhidmatan digital yang selamat, terjamin dan terlindung.
ID digital telah dilaksanakan oleh kerajaan di beberapa negara seperti di United Kingdom, Estonia, Kanada, India dan lain-lain. Ianya telah memudahcara orang awam di negara–negara tersebut mengakses perkhidmatan serta melakukan transaksi dalam talian dengan mengesahkan identiti diri mereka menggunakan identiti digital.
MCMC telah diberikan mandat oleh Kabinet menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk melaksanakan kajian komprehensif bagi membangunkan satu Rangkakerja Identiti Digital Nasional.
Adakah perlu meletakkan cip dalam badan seperti di kepala?
Pengesahan hanya melibatkan cap jari, pengecaman wajah, iris dan maklumat demografik sahaja. Tiada cip akan diletakkan dalam badan.
Adakah ini cara untuk mengawal tingkahlaku rakyat?
Tidak. Antara misi utama IDN adalah untuk mengawal scammer yang semakin berleluasa.
Lagi mudah scammer curi identiti?
MIMOS memberi jaminan bahawa sistem MyDigital ID adalah selamat dan tidak akan berlaku perlanggaran atau kebocoran data pengguna.
Adakah ia akan menggantikan MyKad fizikal?
Tidak. Inisiatif Digital ID akan memperkukuhkan lagi ciri-ciri keselamatan MyKad fizikal dan merupakan kaedah baharu dalam usaha kerajaan untuk membanters sindiket penghasilan MyKad palsu.
Jabatan mana yang akan mengawal selia Digital ID
JPN - Jabatan Pendaftaran Negara
MIMOS beri jaminan sistem MyDigital ID selamat
6 Disember 2023 - 21:24 MYT
Kerajaan jimat puluhan juta melalui pembangunan IDN - Fahmi Fadzil
4 Disember 2023 - 13:02 MYT
Pelaksanaan Identiti Digital Nasional berbeza dengan negara luar - Fahmi Fadzil
3 Disember 2023 - 12:30 MYT
IDN: Kerajaan tidak berhasrat ambil cap jari - Fahmi
30 November 2023 - 13:53 MYT
Kerajaan salur RM80 juta minggu depan, segerakan pelaksanaan IDN - Anwar
21 November 2023 - 15:58 MYT
IDN dilaksanakan sepenuhnya pada 2024 - Hamzah
20 Oktober 2021 - 19:40 MYT