1 | Gegaran tidak dirasai. |
2 | Gegaran dirasakan oleh beberapa orang sahaja yang berada dalam keadaan pegun terutama di tingkat atas bangunan tinggi. Objek-objek ringan yang bergantungan akan bergoyang atau berayun. |
3 | Gegaran dirasai nyata di dalam rumah atau bangunan tetapi tidak disedari sebagai getaran gempa bumi. Getaran seperti seolah-olah sebuah trak ringan bergerak dan jangka masa getaran boleh dianggarkan. |
4 | Gegaran dirasakan oleh ramai orang pada waktu siang dan malam, gegaran boleh menyebabkan beberapa orang terbangun. Tingkap, pinggan mangkuk, pintu bergetar dan kaca berdenting. Dinding kayu dan rangka bangunan berbunyi. Getaran seperti seolah-olah sebuah trak berat menghentam dinding. |
5 | Gegaran dirasakan oleh hampir semua penduduk. Orang yang tidur terjaga. Objek-objek yang tidak stabil berubah tempat. Pintu berayun, terbuka dan tertutup. Bidai, bingkai gambar dan pokok bergoyang. |
6 | Gegaran dirasakan oleh semua penduduk. Kebanyakan orang terkejut dan berlari ke luar bangunan. Berjalan dalam keadaan tidak stabil. Perabut bergerak dan berubah tempat, siling dan dinding retak. Kerosakan ringan berlaku. |
7 | Semua orang keluar dari rumah. Kerosakan ringan pada rumah dan bangunan yang dibina dengan struktur yang baik tetapi pada bangunan dengan struktur yang kurang baik terjadi keretakan. Dirasai oleh orang yang menaiki kenderaan. |
8 | Kerosakan ringan pada bangunan yang mempunyai struktur yang kuat. Keretakan pada bangunan yang mempunyai struktur kurang baik. Dinding panel yang terkeluar dari struktur rangka. Serombong dan monumen-monumen roboh. Air perigi atau kolam menjadi keruh. Orang yang menaiki kenderaan terganggu. |
9 | Kerosakan pada bangunan yang berstruktur kuat, rangka-rangka rumah menjadi tidak lurus dan banyak yang retak. Bangunan dan rumah berganjak dari lokasinya. Paip-paip bawah tanah pecah. |
10 | Kerosakan pada bangunan yang berstruktur kayu, rangka bangunan dan rumah musnah, terjadi rekahan dalam tanah, rel-rel di landasan rosak, tanah runtuh di kawasan yang curam dan berdekatan sungai. |