Fasa Peralihan Endemik - 1 April 2022

Rentas Jambatan Endemik

Endemik

Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu.

Baca Lanjut

1 April 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa ‘peralihan ke endemik’ bermula 1 April 2022.

Baca Lanjut

Sempadan negara dibuka

Rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini boleh keluar masuk negara yang turut membuka pintu sempadannya kepada pengembara luar.

Baca Lanjut

Apa Kata Pakar?

[INFOGRAFIK] Fasa Peralihan Ke Endemik mulai 1 April 2022

[INFOGRAFIK] SOP masjid & surau di WP Kuala Lumpur

[INFOGRAFIK] Protokol Am Pembukaan Sempadan

SOP terkini 1 April 2022

Malaysia akan memasuki Fasa 'Peralihan ke Endemik' yang menyaksikan lebih banyak kelonggaran dalam pelbagai sektor bagi membolehkan rakyat kembali ke kehidupan hampir normal selepas lebih dua tahun berperang dengan COVID-19.

Pelitup muka

Pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu.

Had waktu beroperasi

Premis perniagaan dibolehkan beroperasi mengikut syarat lesen operasi premis seperti kedai mamak beroperasi 24jam.

MySejahtera

Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan dan hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai.

Solat jemaah di masjid/surau

Aktiviti solat berjemaah boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal. SOP akhir untuk masjid/surau tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Had kapasiti 50 peratus

Tiada lagi had kapasiti 50 peratus. Namun, penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan.

Sistem pengudaraan

Pemilik premis wajib memastikan sistem pengudaraan (ventilasi) yang baik di dalam premis.

Kebersihan tangan

Sentiasa menjaga kebersihan tangan.

Ujian pengesanan COVID-19

Ujian pengesanan COVID-19 mengikuti tatacara Nasional Testing Strategy.

Sempadan negara

Rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini boleh keluar masuk negara yang turut membuka pintu sempadannya kepada pengembara luar.

Keperluan vaksinasi

Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka. Begitu juga had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan.

SOP solat berjemaah di surau dan masjid

Ramadan yang bakal tiba pada 3 April 2022 akan menggunapakai SOP terbaru, namun ia berbeza mengikut negeri.

Solat berjemaah tanpa penjarakan sosial

Dibolehkan dilaksanakan tanpa jarak fizikal di antara jemaah. Negeri yang menggunapakai SOP ini adalah:

Wilayah Persekutuan

SelangorSarawak

PerakPerlis

KedahPulau Pinang

KelantanTerengganu

Solat berjemaah ikut aturan sejadah

Ia mesti mengikut ukuran sejadah bersaiz besar iaitu 0.6 meter lebar x 1.2 meter panjang. Negeri yang menggunapakai SOP ini adalah:

Pahang

Negeri Sembilan

Johor

Melaka

Buka Sempadan: Protokol am anda perlu tahu

Bermula 1 April 2022, perkara di bawah akan dikuatkuasakan kepada pengembara yang akan memasuki Malaysia

Perkara Yang Dimansuhkan

  • Permohonan kuarantin di rumah
  • Gelembung pelancongan Pulau Langkawi
  • Pemakaian Peranti Pengesanan Digital (Digital Tracker)
  • Senarai 18 negara berisiko tinggi
  • Kaunter ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR oleh KKM di KLIA
  • MyTravelPass
  • Prosedur pengembara melalui program OSC di bawah MIDA

Sebelum Berlepas ke Malaysia

  • Memuat turun, mendaftar dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera
  • Melengkapkan deklarasi perjalanan
  • Melaporkan dan muatnaik keputusan Ujian RT-PCR
  • Bagi pengembara yang pernah dijangkiti dalam tempoh enam hingga 60 hari, mereka perlu melaporkan dan muatnaik keputusan RTK Antigen Profesional
  • Bagi pengembara bukan warganegara, mereka juga dikehendaki untuk:
    - Mempunyai perlindungan insuran (COVID-19 dan pengembaraan)
    - Menyatakan alamat tempat penginapan di Malaysia

Semasa Ketibaan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA)

  • Saringan demam dengan imbasan thermal scanner atau rujukan kendiri kepada petugas kesihatan sekiranya bergejala
  • Pengembara yang tidak bergejala akan meneruskan perjalanan ke kaunter Imigresen untuk semakan lanjut.

Selepas memasuki Malaysia dalam tempoh 24 jam

  • Pengembara dikehendaki menjalani ujian RTK-Ag professional sama ada di fasiliti kesihatan swasta di PMA atau di luar PMA dalam tempoh 24 jam.
  • Pengembara yang tidak bergejala akan meneruskan perjalanan ke kaunter Imigresen untuk semakan lanjut.

Terkini Fasa Peralihan Endemik

Berita & Video