Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa ‘peralihan ke endemik’ bermula 1 April 2022.
Rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini boleh keluar masuk negara yang turut membuka pintu sempadannya kepada pengembara luar.
Menjelang fasa peralihan ke endemik, pengambilan dos penggalak sangat penting susulan beberapa negara lain kembali merekodkan kadar kematian yang tinggi terutama dalam kalangan warga emas
Prof Madya Ts Shamsul Bahari Shamsudin
Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Universiti Malaysia SabahPerniagaan tarik nafas lega susulan pembukaan sempadan
Datuk William Ng
Pengerusi Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA)Penggiat industri pelancongan dinasihatkan supaya lebih menitik berat aspek kesihatan bagi setiap pelancong yang bakal tiba dari luar negara.
Datuk Mohd Khalid Harun
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA)Dengan jumlah vaksinasi lengkap dan dos penggalak serta vaksinasi kanak-kanak yang kini giat dilaksanakan, Kementerian Kesihatan (KKM) mampu mengawal wabak apabila memasuki Fasa 'Peralihan ke Endemik'.
Prof Madya Dr Malina Osman
Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatik) Universiti Putra MalaysiaProsedur Operasi Standard (SOP) yang kita laksanakan sekarang adalah cukup untuk membuka sempadan bagi melonjakkan ekonomi kita.
Datuk Michael Kang
Ahli Majlis Pemulihan Negara (MPN)Malaysia akan memasuki Fasa 'Peralihan ke Endemik' yang menyaksikan lebih banyak kelonggaran dalam pelbagai sektor bagi membolehkan rakyat kembali ke kehidupan hampir normal selepas lebih dua tahun berperang dengan COVID-19.
Pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu.
Premis perniagaan dibolehkan beroperasi mengikut syarat lesen operasi premis seperti kedai mamak beroperasi 24jam.
Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan dan hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai.
Aktiviti solat berjemaah boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal. SOP akhir untuk masjid/surau tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.
Tiada lagi had kapasiti 50 peratus. Namun, penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan.
Pemilik premis wajib memastikan sistem pengudaraan (ventilasi) yang baik di dalam premis.
Sentiasa menjaga kebersihan tangan.
Ujian pengesanan COVID-19 mengikuti tatacara Nasional Testing Strategy.
Rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini boleh keluar masuk negara yang turut membuka pintu sempadannya kepada pengembara luar.
Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka. Begitu juga had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan.
Ramadan yang bakal tiba pada 3 April 2022 akan menggunapakai SOP terbaru, namun ia berbeza mengikut negeri.
Bermula 1 April 2022, perkara di bawah akan dikuatkuasakan kepada pengembara yang akan memasuki Malaysia